Warga Warisan Malaysia Online
Pertubuhan Faedah Bersama
Pengenalan
Warga Warisan adalah wadah menghimpunkan ahli Pertubuhan Faedah Bersama sebagai perintis dan testimoni menjana aktiviti menyeluruh menjurus kepada usaha memartabatkan warga Malaysia melalui anjakan sahsiah diri ahli. Skop Warga Warisan akan diperluaskan mengikut keperluan dan kehendak semasa.
Visi
Membentuk masyarakat sihat fizikal, minda, berakhlak dan bersiaga, mampu berdiri di saf hadapan mempertahankan kedaulatan, menyuburkan perpaduan, keharmonian, kemakmuran dan sentiasa menyumbang kearah menjadikan negara Malaysia cemerlang, gemilang, dan terbilang tanpa mengira bangsa, kaum, atau agama.
Misi
Menghimpun semua lapisan masyarakat dengan mengenepikan semua perbezaan dan apa jua ketidaksamaan supaya menjadi warga yang komited dan menyumbang kepada usaha kebaikan dan kebajikan menyeluruh menerusi pelbagai penyelarasan program dan aktiviti bersepadu mengklonkan modul masyarakat madani. Kaedah menghimpun dan menyatukan hendaklah dilihat dan dirasai tiada unsur paksaan. Komitmen semua pihak diperlukan untuk merealisasikan visi murni ini.
"Sepakat Satu Hasrat"
Segayong, Sekendi, Seperigi, Seminum, Sejalan, Sejadi, Sedarah, Sedaging, Sepadu.
SUMBANGAN ANDA DISUMBANGKAN KEMBALI UNTUK MELETAKKAN WARGA WARISAN CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
EN. LOKMAN : 013-4169846
29, Jalan 4, Taman Sentosa,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara Warga Warisan Malaysia
Laman ini diselenggara oleh:
Mohammad Ikram (ikramhanip@wargawarisan.7p.com)

